Sejuk mata kita memandang para remaja sekarang bertudung...pelbagai fesyen,ada yang lilit ada yang labuh,ada yang lilit ada yang senteng...macam-macam...bertudung itu sudah bagus tapi sebagai mana tudung itu mampu mencegah kita dari melakukan maksiat?
Ingatlah wahai manusia....
Apabila wanita mnjaga auratnya daripada pandangan lelaki bukan mahram,bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya,malah wanita mukmin seluruhnya.Harga diri wanita terlalu mahal dan syariat telah menetapkan bahawawanita berpakaian longgar dengan warnna yang tidak terlalu menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.
Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia dan harta,intan dan berlian,di bungkus dan rapi dan disimpan pula dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita,kerana wanita yang bermaruah tidak akandipamerkan tubuh badan dikhalayak umum.Mereka masih lagi boleh tampildi hadapan masyarakatbersesuaian dengan garisan syarak.Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dirisemata-mata untuk mengejar pangkat,darjat,nama,harta dan kemewahan dunia.
Menyentuh berkaitan dengan pakaian wanita,alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menutup aurat,sekurang-kurangnya dengan memakai tudung.Pemakaian tudung sudah melanda dari peringkat bawahan hingga pada peringkat atasan.Seperti dari golongan pelaja-pelajarsekolah hingga pada pekerja pejabat.
Walaupun pelbagai fesyen tudung yang diperagakan,namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna..Pemakaian tudung masih menampakkan batang leher,dada dan sebagainya.Ada yang memakai tudung tetapi dibawahnya memakai kain belah,seluar ketat dan selainnya.
Apabila wanita bertudung masih berhias-hias,maka terjadilah pakaian wanita islam yang sekarang walaupun bertudung,tetapi masih membesarkan riak dan bangga dalam diri.Sombong makin bertambah,jalan mendabik dada.Terasa tudung kitalah yang palingcantik,up-to date,sofistikated,bergaya ,ada kelas,Bertudung tetapi masih ingin berlagak.
Jadi,tudung telah dicemari oleh mereka sebegini.Orang Islam lain yang ingin ikkut jejakorang-orang yang bertudung telah tersekat.Mereka merasakan orang yang bertudung sama sahaja dengan orang yang tidak bertudung
Akhir kata,ISLAM IS REALLY BEAUTIFUL.Semuanya apabila individu islam itu sudah cantik peribadinya,Sebagai agen pengembang agama melalui pakaianSesungguhnya Islam itu cantik dan tidak ada yang lebih cantik darinya.
#hanya sekaar pesanan duntuk semua dan saya sekali#
No comments:
Post a Comment