Assalamualaikum:))
Hari ini saya dapat pelajaran yang sangat berharga,bahawa Allah itu Maha Hidup dan Menghidupkan.Allah tidak sperti saya yang menciptakan benda mati.Tetapi setiap apa pun yang diciptakan-Nya akan tumbuh berkembang bahkan berbuah.
Alangkah bahagiannya menuruti pesanan Allah yang boleh menghidupkan dan membuat saya boleh membesar,berkembang dan berbuah.Hehehe...saya merasa yakin bahawa kelak saya akan boleh memberikan sesuatu yang berharga buat ibu saya.Buat masa sekarang saya seperti tumbuhan muda ,baharu berputik dan belum berbuah lagi.
Allah maha MAha Hidup maka ciptaan-Nya seperti saya ini pastilah mempunyai daya hidup yang sama.Alangkah indahnya hidup inisaya pun boleh berubah menjadikan diri saya semakin hebat.Saya adalah kesatria,saya adalah ilmuan ,saya adalah atlet kelas dunia,saya adalah aktor yang paling menakjubkan...semuanya ada dalam diriku,menunggu di sebalik dinding kemalasanku dan menunggu untuk diruntuhkan.
Alangkah bahagiannya menuruti Allah yang begitu luar biasa.
No comments:
Post a Comment