Tuesday, 24 January 2012

10 RAMUAN PENCUCI DOSA

Hassan Basri telah bercerita bahawa suatu hari dia bersama seorang pemuda ahli ibdah berkeliling melalui jalan-jalan kecil dan beberapa pekan.Tiba-tiba dia bertemu dengan seorang tabib yang sedang duduk di atas sebuah kerusi,dihadapannya ada beberapa orang lelaki dan perempuanyang sedang memegang botol berisi air di tangan mereka.Setiap orang itu meminta ramuan ubat bagi mengubati penyakit mereka.Hasan Basri mara hadapan dan bertanya kepada tabib:adakah engkau mempunyai ubat yang boleh mencuci dosa ,serta menyembuhkan penyakit hati??Lalu tabib itu pun berkata"Ya saya ada.Dan tabib itu pun mula berkata:Ambillah dari saya 10 ramuannya.Ambil olehmu akar kayu fakir dan akar kayu tawaduk dan campurkan dengan pencuci kotoran perut bernama taubat.LAlu masukkan semua ke dalam lesung redha dan giling sampai halus dengan pengetam qanaah,Kemudian masukkan kedalam periuk taqwa ,dan tuangkan ke dalam air hayak(malu).LAlu didihkan dengan dengan api mahabah(cinta).sesudah itu pindahkan ia kedalam mangkuk syukur dan kipaskan dengan kipas angin rajak(harapan).kemudian minumlah ia dengan sudu pujian.jika engkau perbuat semua itu nescaya bermanfaat bagimu untuk melindungimu dari segala penyakit serta bala di dunia dan akhirat...

No comments:

Post a Comment