Thursday, 12 January 2012

Intro this time jiwang sikit:_
aku ingin kamu.aku tak mahu kamu sendirian.aku tahu kamu dan aku ada satu kisah yang tidak akan berakhir.setelah kamu pergi aku akan sendiri.aku ingin akan diri kamu datang kepadaku dan menyatakan yang kamu amat menyayangiku.tapi aku tahu yang semua itu hanyalah angan yang tidak akan menjadi realiti.aku ingin kamu menjaga setiap jaga dan tidurku.aku ingin kamu datang dalam setiap mimpiku.aku mahu segalanya dari kamu,tetapi adakah kamu pun begitu??aku takut kamu terbuai dengan orang lain.aku selalu menyalahkan diri aku sendiri,kenapalah aku terlalu susah untuk melupakan kamu?mengapalah aku terlalu sayang kan kamu?kenapalah kamu tak pernah pergi dari diri aku?kenapa dan mengapa??persoalan yang sering berlegar dalam hidup aku.bagi aku hanya kamu yang tahan tentang semua perangai aku.perangai aku yang terlalu teruk sebagai seorang perempuan tidak pernah membuat kamu jauh dari aku.kerana aku tahu hanya kamu yang faham akan hati dan perasaan aku ini.kamu tidak pernah endah apa yang orang kata tentang aku,kerana bagi kamu aku ialah aku dan hanya kamu yang tahu tentang aku.terima kasih.bagi aku pula,biarlah seribu orang berkata tentang kamu,tetapi kamu aku kenal sangat.kamu pernah kata kepada aku,hanya aku sahaja perempuan yang pandai memanipulasikan diri kamu.dan hanya aku yang tahan dengan perangai buruk kamu yang terlalu baran.aku terlalu ambil berat tentang kamu,tetapi tentang aku pula?adakah pernah?entahlah.mungkin juga.tetapi ego yang membataskan semuanya.aku takut untuk bersama kamu.kerana aku takut unutk menerima satu kenyataan yang kamu akan tinggalkan aku.mungkin pada aku terlalu pengecut untuk hadapi kenyataan tetapi itulah aku.aku takut.aku takut pada saat itu kamu tidak akan pernah berpaling kembali padaku.jadi biarkanlah hubungan kamu dan aku akan kekal sebagai seorang kawan walaupun jauh dimata dan dihati.aku tahu kamu menerima banyak risiko berkawan dengan aku.maklumlah,kawan kamu bukannya suka akan aku.tapi mungkin kerana persahabatan kamu sanggup.sekeras aku dan kamu di hadapan orang lain,tetapi aku terlalu manja bersama kamu.hanya kamu yang memahami aku dan hanya aku yang memahami kamu.mungkin sayang aku kepada kamu hanya akan berhenti apabila Si Pemberi nikmat yang mengambilnya.pada saat itu aku amat bersyukur kerana aku pernah menyayangi seorang insan seperti kamu.mungkin aku tidak akan melalui rasa hati seperti itu bersama insan lain.jika benar kamu dan aku ada ceritanya,kita kan berjumpa juga walau jauh dipisah oleh Si Dia.Di hati ini hanya Tuhan yang tahu.Di hati ini aku sayang pada kamu.tulus sanubari menantikan hadirmu.hanya kamu yang aku mahu.kamu pernah berkata jika benar di hati itu ada sesuatu,katakan sebelum terlambat.tetapi bagi aku,biarlah menyimpan daripada aku terluka.aku hanya ingin kamu rsvp aku kembali.aku tidak boleh berselindung lagi.kata hati yang lahir tulus dari hati.aku tidak mahu hanya aku yang menanggung perasaan ini.katakanlah wahai kamu walaupun lambat lagi,aku akan terus menunggu.tapi janganlah biarkan penantian aku ini hanya sia-sia.jika ada kesempatan,izinkan aku untuk menyebarkan kepada semua orang yang aku terlalu sayang kan kamu.jangan kamu tanya kenapa,kerana itu adalah nikmat dari Allah.dan aku percaya,sekali lagi yang Allah sahaja yang boleh mengambilnya.Terima kasih kerana muncul dalam hidup aku.<????>

No comments:

Post a Comment