Saturday, 14 January 2012

HUJUNG JARI

HUJUNG JARI
Aku mencoret ampaian kenangan hari ini,
Sebening mata indah aku lakarkan,
segaris senyum aku ukirkan,
Sederas air mata aku hapuskan,
KU himpun seluruh kudrat mncantas diari,
Dendam dan benci,
Laluku himpunkan doa.
Ku selitkan sebaris ayat kemaafan,
Ku lukis sekeping hati tulus agar kekal abadi,
Lantas lahir sebuah lukisan berbingkai,
Jalinan persahabatan yang tidak dapat dicarik,
Ku rencanakan suatu pertemuan ikatan perkenalan,
Ku gamit suatu janji yang tidak dapat dirungkai,
walau dengan kata-kata,
Justeru itu aku noktahkan pada akhir nukilan,
Seindah hidup ini kerana,
Aku hanya potret buat hari esk,meski aku,
Jauh dihujung jari.
_INSAN_

No comments:

Post a Comment