MENITI IMPIAN
Mentari pagi menyinari segenap pelosok bumi,
Membawa sinar harapan membawa cahaya kegembiraan,
Membaluti tubuh dengan kehangatan kurniaan yang Maha Peyayang,
Memberi perkhabaran indah buat yang mendambakannya.
Kanan dan kiri kurasakan sama sahaja,
Tiada ku peduli aral yang mendatang,
Melihatkan burubg yang berteerbangan di angkasa
Sesak nafasku melalui jalanan ranjau berduri di bawahnya
Kaget ku berdiri merenung lapangan indah sedepa cuma,
Mengalir deras fikiranku mengairi terusan ke sana,
Namun empanagn hatiku segera menutup laluan,
Mengalun ombak meghempas jiwaku.
Namun ku yakin pada pengarahan Sang Pencipta,
Mengarah laluan hidupku di atas ranjau yang berliku,
Mengajar ku erti kesabaran,melatih aku tabah pada ujian,
KIni ku lihat Jambatan Indah tersegam indah untuk aku rentasi,
Dengan rahmat Tuhanku pasti aku rentasi
Menuju lapangan harapan yang telah lama kuimpikan.
-Mendamba Kasih Illahi-
No comments:
Post a Comment