Wednesday, 7 March 2012

CIINTA SECEBIS RASA SYURGA ALLAH

Suatu hubungan itu terjadi adalah bermula dengan perkenalan.Ini kerana mengenali dan memahami isi hati masing-masing lantaran sudah kenal antara satu sama lain seiring dengan perasaan kasih dan sayang yang ada di hati,sudah tentu si teruna memuja si dara.Begitu sebaliknya.Dan terbitlah rindu merindu antara si pencinta itu.

Wahai sang pencinta jangan lah terlalu memuja dan mengagungkan pasangan kitayang belum tentu lagi menjadi hak kita kerana takut sengsara apabila berlaku sengsara di tengah perjalanan.Bak kata pepatah,usah disangka panas hingga ke petang tetapi mungkin juga akan hujan di tegahari.

Sebagai manusia yang telah di anugerahkan perasaan itu,kita takkan mampu menahan perasaan itu,apatah lagi ada yang sudi memberikannya pada yang menantikannya..Sama seperti ibarat orang mengatuk disorongkan bantal.Maka berkasih sayang lah sang pencinta itu.Begitulah hebatnya nikmat yang diberikanNya.

Cinta dengan rasa kecintaan yang mendalam terhadapNya akan menjadikan lagi perhubungan itu lebih direstui oleh yang Maha Esa.Sebagai manusia kita semestinya rasa bahagia dan gembia kerana hidup di sayangi.Malah tidak cukup dengan kasih sayang,kita ungkap kan pula dengan madah cinta.

Cinta yang melimpah ruah kadangkala bagaikan tidak cukup rasanya sehingga ada yang tamak sehingga ada yang timbul rasa cemburu apabila melihat orang lain disayangi.Cinta yang melimpah ruah itu juga menyebabkan kita tak cukup dengan cinta yang telah sedia ada lantaran ingin memiliki cinta dari yang lain.

Kita rasa sungguhbesar nikmat cinta itu walhal rasa cinta itu hanya lah secebis dari syurga yang jatuh ke bumi Allah bagaikan setitis air yang jatuh ke tanah gersang,kering & kontang.Bagaikan setitis air yang jatuh ke lidah si pengembara di gurun Sahara.Cinta itu sebenarnya adalah rasa bukannya kejadian.Cinta tak boleh diada-adakan kerana ia telah sedia ada.Cinta tak perlu dicari kerana cinta ada di mana-mana.Cinta itu adalah hak yang ESa cuma yang perlu dicari ialah erti cinta.

Allah Yang Maha Esa menjadikan dunia ini rasa cinta untuk sang pencinta.Cinta tak akan mati atau ada jalan penamatnya.Manusia bukan pencinta cuma hanyalah pereka cipta kerana juga dicipta.

Bila Qalbi berdetik episod 1 bermula disini setelah cinta anugerah Illahi mula dirasai,marilah luahkan rasa cinta yang ikhlas ini.Cinta yang diiringi dengan keimanan.

No comments:

Post a Comment